KOTA BHARU: Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan sebulat suara mempertahankan kuasa dewan itu dalam menggubal kesalahan berkenaan hukum syarak termasuk Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Negeri Kelantan 2019 (Enakmen 14), hari ini.
Usul berkenaan dikemukakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor Wan Rohaimi Wan Daud dan dipersetujui sebulat suara tanpa bahas di hadapan Speaker Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
"Persetujuan 11 negeri ini membentuk Persekutuan Malaysia, hasil perundingan yang panjang dan kompleks dengan penjajah British, telah membolehkan Islam berdiri sebagai Agama kepada Persekutuan melalui Artikel 3(1) Perlembagaan Persekutuan.
"Hasil kompromi ini, 11 negeri-negeri berdaulat, khususnya sembilan negeri-negeri Melayu yang menjunjung takhta dan kedaulatan Sultan dan Raja-Rajanya yang menjadi tuan punya kepada Agama, melahirkan kompromi kuasa dalam membentuk perlembagaan negara. Dengan sebab itulah muncul dua senarai kuasa antara negeri-negeri dan Persekutuan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan ke-15 di Kompleks Kota Darulnaim di sini, hari ini.
Wan Rohaimi berkata keadaan itu mewujudkan Jadual Kesembilan mengandungi senarai negeri, senarai Persekutuan dan senarai bersama serta kompromi yang dipersetujui, membolehkan orang Islam menerusi bidang kuasa negeri mentadbir hal ehwal agama penganutnya berdasarkan perundangan syariah.
"Atas kefahaman dan kompromi dan menjadi posisi undang-undang terdahulu, Mahkamah Persekutuan mengiktiraf kuasa DUN dalam menggubal kesalahan-kesalahan syariah sebagaimana yang termaktub dalam senarai negeri.
"Posisi inilah yang memberikan kuasa untuk Enakmen Syariah berjalan secara serentak, cuma enakmen ini hanya terpakai kepada orang beragama Islam sahaja," katanya
Sementara itu, Mohd Amar meluluskan cadangan sebagaimana termaktub dalam senarai negeri termasuk Enakmen Kanun Jenayah Syariah 1 Negeri Kelantan 2019 iaitu Enakmen 14 itu diterima dan memenuhi tiga syarat iaitu mustahak, kepentingan orang ramai dan perlu disegerakan.
--BERNAMA
Bernama
Mon Nov 27 2023
Usul berkenaan dikemukakan ADUN Melor Wan Rohaimi Wan Daud dan dipersetujui sebulat suara tanpa bahas di hadapan Speaker. - Gambar hiasan
50 maut di banjir kilat di Afghanistan - Polis
Menurut jurucakap polis, Abdul Rahman Badri, kesemua mangsa yang terkorban
di wilayah Ghor, dengan angka korban dijangka meningkat.
di wilayah Ghor, dengan angka korban dijangka meningkat.
Angka korban rakyat Palestin di Gaza hampiri 35,400 orang
Serangan Israel membunuh 83 orang dan mencederakan 105 yang lain dalam tempog 24 jam lalu.
Trak barangan ke Gaza musnah dalam kebakaran
Reuters melaporkan, video kejadian diperoleh pada Selasa lalu menunjukkan sekurang-kurangnya sebuah trak terbakar.
Keadaan PM Slovakia stabil tapi kekal serius
Keadaan Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico disahkan stabil tetapi kekal dalam situasi serius selepas dia ditembak dalam cubaan membunuhnya.
Polis rampas bukti, dokumen di rumah suspek tembak Fico
Penyiasat polis merampas beberapa dokumen dan bukti di pangsapuri suspek yang menyerang Perdana Menteri Slovakia Robert Fico.
Singapura tingkatkan langkah keselamatan selepas serangan Balai Polis Ulu Tiram
Singapura telah meningkatkan langkah-langkah keselamatan, termasuk di pusat pemeriksaan negara, susulan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, pada Jumaat.
Lapangan terbang baharu dapat atasi isu tiket mahal
Cadangan Sarawak untuk membangunkan sebuah lapangan terbang antarabangsa baharu di Kuching bukan sekadar bagi menyokong pertumbuhan ekonomi dan industri penerbangan, sebaliknya langkah jangka panjang mengatasi isu harga tiket mahal.
Sarawak yakin pendapatan negeri terus meningkat - Abang Johari
Sarawak yakin kadar pendapatan negeri itu dapat terus ditingkatkan dalam tempoh dua hingga tiga tahun ini berikutan pertumbuhan ekonomi negeri yang dilihat cukup memberangsangkan.
Tumpuan Ahad – 19 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jenazah konstabel Ahmad Azza Fahmi selamat dikebumikan di Bidor
Jenazah konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Poh, Bidor, Perak kira-kira jam 7.20 malam Sabtu.
Enakmen kawalan hiburan baharu, Kelantan yakin tidak bercanggah
Kerajaan Kelantan yakin proses penggubalan Enakmen Kawalan Hiburan baharu Kelantan yang akan dibentang pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas ini tidak bercanggah dengan aturan sedia ada.
Kelantan fokus bangunkan Bandar Baru Tunjong, Tok Bali
Kedua-dua lokasi itu berpotensi mendapat impak kewujudan stesen Projek Laluan Rel Pantai Timur pada masa akan datang.
DUN Kelantan lulus usul gubal semula kesalahan syariah diisytihar batal, tidak sah
Usul itu, yang dicadangkan Ahli DUN (ADUN) Melor Wan Rohimi Wan Daud (Pas), disokong oleh semua ADUN termasuk dua daripada blok pembangkang.
Sambung jajaran ECRL sehingga Rantau Panjang - Sultan Kelantan
Titah tersebut dibacakan oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud sempena Istiadat Pembukaan Penggal Kedua DUN Kelantan.
Mohd Azizi kekal sokong kerajaan negeri di DUN Kelantan
Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, pendekatan itu berbeza dengan tindakan yang dilakukan di peringkat Pusat dengan menyokong PM Anwar.
DUN Kelantan tidak terima makluman sokongan ADUN Nenggiri - Speaker
DUN Kelantan masih belum menerima sebarang pemakluman daripada ADUN Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim sama ada beliau masih kekal menyokong kerajaan negeri atau sebaliknya.
DUN Kelantan bersidang hujung November, bentang Belanjawan 2024
DUN Kelantan dijangka berlangsung hujung November ini bagi membentangkan Belanjawan 2024.
Nik Abduh dilantik sebagai Senator
Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz atau Nik Abduh dilantik sebagai Ahli Dewan Negara bagi mewakili negeri Kelantan.
DUN Kelantan bubar secara rasmi hari ini
Pembubaran DUN bagi penggal ke-14 itu dilakukan empat hari lebih awal, berbanding tempoh mandat DUN yang akan berakhir pada 26 Jun ini.
SPR sudah maklum pembubaran DUN Kelantan esok - Speaker
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah dimaklumkan mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan esok, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam tempoh 60 hari.